KUALA SELANGOR: Kerajaan tidak akan mengamalkan pendekatan yang populis dengan mempertimbangkan sekali lagi pengeluaran simpanan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata pengeluaran wang tersebut akan mengurangkan saiz dana itu secara mendadak dan memberi impak buruk kepada kemampuan dan fleksibilitinya, justeru, mengehadkan strategi pilihan pelaburan sehingga memberi kesan terhadap pembayaran dividennya kepada pencarum.
"Sekiranya kita menempuhi situasi pasaran yang mencabar pada 2023 dan 2024, kita perlu mempunyai satu dana yang sama-sama berdaya tahan dan teguh supaya kita dapat melindungi kebanyakan daripada pencarum KWSP yang pada asasnya merupakan pencarum kecil," katanya pada sidang media di sini hari ini.
"Jika kerajaan memilih pendekatan yang populis kerana kita mahu mengadakan pilihan raya negeri dan membenarkan pengeluaran tersebut, langkah itu akan memberi impak buruk kepada kemampuan KWSP untuk menguruskan dananya," katanya.
Beliau berkata kerajaan tidak akan mengambil langkah bersifat populis demi kebaikan negara pada masa hadapan walaupun mendapat tekanan hebat daripada segelintir rakyat.
"Tiada langkah bersifat populis. Kita sudah melalui fasa pentadbiran demi pentadbiran yang membuat keputusan untuk mendapat sambutan dan 'like'di TikTok dan Facebook, dan kesannya kita merasainya sekarang," katanya.
Terdahulu, Rafizi melancarkan tapak Mesin Layan Diri Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang pertama beroperasi di institut pengajian tinggi iaitu di Universiti Teknologi Mara Puncak Alam di sini.
Beliau berkata sebanyak 100 buah mesin layan diri akan diletakkan di tempat awam dan beberapa lokasi yang mendapat permintaan seperti di stesen transit aliran ringan dalam tempoh sebulan.
"Inisiatif IPR ini adalah antara usaha kerajaan dalam menggalakkan persaingan sihat antara peniaga dan tidak bergantung kepada suntikan dana daripada kerajaan semata-mata," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023
Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli (tengah) semasa sidang media selepas meninjau mesin layan diri Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di Fakulti Sains Kesihatan Universiti Teknologi MARA Kampus Puncak Alam hari ini. - Foto BERNAMA
Luluh hati ibu ketika tatap wajah anak yang maut dalam kemalangan lori simen di Lojing
Rohani Adi tidak menyangka anak keduanya Fauzi Ramli merupakan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam insiden itu.
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe
Apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
China sumbang kerancakan jumlah ketibaan pelancong ke Melaka
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sejumlah 116,055 pelancong China, melawat Melaka sejak Januari hingga April tahun ini.
BAM mahu impian dua wakil setiap kategori di Olimpik terus 'hidup'
Semua pihak peru beri komitmen dalam usaha memastikan badminton terus menjadi penyumbang pingat terbesar buat negara pada LA28 Julai nanti.
Pengeluaran KWSP secara bersasar atau terbuka akan burukkan lagi isu ketidakcukupan simpanan persaraan
Menurut Kementerian Kewangan, langkah itu juga bukanlah penyelesaian kepada punca beban kewangan rakyat yang semakin meningkat.
Tiada perubahan terhadap pengeluaran penuh umur 55 dan 60 tahun untuk ahli semasa - KWSP
Perkhidmatan pengeluaran bulanan KWSP yang sedia ada hanya terpakai kepada ahli yang menyertainya secara sukarela.
PM kekal pendirian tak benar pengeluaran KWSP, yakin akan dipolitik pada PRN
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dengan pendirian untuk tidak membenarkan rakyat membuat pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Pengeluaran KWSP: Kerajaan tidak akan laksana pendekatan populis - Rafizi
Kerajaan tidak akan mengamalkan pendekatan yang populis dengan mempertimbangkan sekali lagi pengeluaran simpanan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
PN gesa kerajaan pertimbang pengeluaran KWSP bersasar untuk golongan memerlukan
PN gesa kerajaan cari satu mekanisme yang sesuai bagi membantu golongan memerlukan meneruskan kelangsungan hidup.
Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.
Ismail Sabri sokong pengeluaran KWSP bersasar
Walaupun KWSP simpanan untuk hari tua, namun, tiada guna jika rakyat tidak dapat meneruskan kehidupan hari ini kerana dibelenggu hutang.
"Apa salahnya kerajaan pertimbangkan pengeluaran KWSP?" - Muhyiddin
Kerajaan sepatutnya tumpu usaha-kuasa memajukan ekonomi negara dan memelihara kebajikan rakyat, tegas Muhyiddin.
Pengeluaran KWSP: Kerajaan cari jalan lain lebih sesuai - PM Anwar
Yang harus difikirkan ialah bagaimana perihal kewangan pencarum selepas persaraan kelak, tegas Anwar.
Pengeluaran KWSP: Kerajaan pertimbang masa depan pencarum sebelum beri kebenaran - PM
Terdapat pencarum yang mempunyai simpanan terlalu rendah di KWSP, risiko berhadapan pelbagai kesukaran pada masa depan.